• Main
  • News

Pada 25 Mac, Saya Menerima Satu Mesej Whatsapp

Pada 25 Mac, Saya Menerima Satu Mesej Whatsapp

Pada 25 Mac, saya menerima satu mesej WhatsApp daripada Puan Akidah. Mesejnya ringkas sahaja:

“Salam, ada pakej untuk 50 orang open house?” ????

Dari satu pertanyaan yang ringkas itulah bermulanya perancangan sebuah majlis kecil tetapi penuh makna.

Pada awalnya kami cadangkan menu biasa untuk open house seperti nasi minyak. Tetapi Puan Akidah memberitahu beliau lebih suka hidangan yang lebih santai dan berkonsepkan masakan kampung supaya tetamu dapat menikmati rasa yang lebih tradisional dan dekat di hati. ????????

Jadi kami susunkan menu sajian klasik kampung untuk majlis tersebut.

Menu yang dihidangkan kepada tetamu:
???? Nasi putih
???? Ayam goreng berempah
???? Masak lemak daging salai dengan mangga muda
???? Sambal udang petai
???? Rendang kerang cili api dengan pucuk paku
???? Kacang botol tumis kampung
???? Sambal belacan, ulam-ulaman dan ikan masin

Manisan dan minuman:
???? Kuih muih 3 jenis
???? Sirap ros pandan
☕ Teh tarik

Untuk menambah kemeriahan majlis aqiqah, kami juga menyediakan:
???? 1 ekor kambing golek aqiqah lengkap dengan blackpepper sauce, mashed potato dan crunchy coleslaw ????

Selain makanan, kami turut menyediakan:
⛺ 1 set Arabian canopy lengkap dengan meja, kerusi, kipas dan lampu untuk keselesaan tetamu.

Alhamdulillah pada 18 April, majlis berjalan dengan lancar. Tetamu datang dari pagi hingga petang menikmati hidangan sambil meraikan open house Syawal dan majlis aqiqah dalam suasana yang penuh kemesraan. ????✨

Bagi kami di Hj Chief Catering, setiap majlis bermula dengan satu mesej kecil… tetapi berakhir dengan kenangan besar untuk sebuah keluarga. ❤️

Terima kasih Puan Akidah dan keluarga atas kepercayaan kepada kami untuk menjadi sebahagian daripada majlis ini. Semoga anak yang diraikan aqiqahnya membesar menjadi anak yang soleh dan membahagiakan ibu bapa. ????

Jika anda merancang:
???? Open house raya
???? Majlis aqiqah
????‍????‍????‍???? Kenduri keluarga

InsyaAllah kami sedia membantu dari makanan, kambing golek hingga canopy dan setup majlis.

???? WhatsApp: 012-329 0108

#HjChiefCatering
#OpenHouseRaya
#MajlisAqiqah
#KambingGolek
#MasakanKampung
#CateringBeranang
#CateringSemenyih
#CateringKajang
#CateringSelangor
#KenduriKahwin
#CateringHalal
#MajlisKeluarga


About Us

  • Hj Chief Catering

    Kepakaran kami adalah membantu anda dengan pilihan menu yang bersesuaian untuk majlis anda